Nilai Sebiji Batu

Pada suatu hari, seorang budak lelaki bernama Ali telah bertanyakan sesuatu kepada ayahnya, “Apakah nilai diri saya dalam kehidupan ya  ayah?”. Tanpa menjawab soalan tersebut, si ayah telah memberikan sebiji batu kepada anaknya. Anaknya terpinga-pinga memikirkan apakah maksud batu itu?

Si ayah telah memberitahu kepada anaknya untuk pergi ke pasar dan cuba menjual batu itu. Ayahnya berkata “sekiranya ada sesiapa yang ingin membeli dan bertanyakan nilai sebiji batu itu, jangan berkata apa-apa, cuma angkat tangan dan tunjukkan dua jari sahaja. Jadi budak lelaki itu pun terus berlari ke pasar untuk menjual batu itu.

Setibanya di pasar, budak lelaki tadi telah membentangkan kain di atas jalan dan meletakkan batu-batu itu di atas kain tersebut. Budak itu pun menunggu dengan harapan adalah orang yang ingin membelinya. Tiba-tiba ada seorang wanita tua menyapa, “Wah cantiknya batu ini, berapakah nilai sebiji batu ini? Makcik nak letakkan di taman makcik”. Seperti yang diarahkan oleh bapanya tadi, budak itu tidak berkata apa-apa, jadi dia pun mengangkat tangan dan menunjukkan dua jari. Wanita tua tadi terpinga-pinga memikirkan apakah yang dimaksudkan oleh budak lelaki itu. Wanita itu pun berkata, ” Kalau nilai sebiji batu ini RM2.00 saya beli.” Tiba-tiba budak itu terus berlari pulang ke rumah dan memberitahu bapanya yang ada perempuan tua yang ingin membelinya dengan harga RM2.00.

peace

Bapanya memberi arahan seterusnya. Bapanya berkata, “Ayah nak Ali pegi ke Muzium dan jual batu itu. Sekiranya ada yang bertanyakan nilai sebiji batu itu, jangan berkata apa-apa. Angkat tangan dan tunjukkan dua jari sahaja”. Ali pun terus berlari ke Muzium dan cuba menjual batu itu. Tiba-tiba ada lelaki bertanyakan soalan yang sama kepada Ali. Seperti biasa Ali hanya berdiam dan menunjukkan dua jari. Lelaki itu berkata,” Sekiranya nilai sebiji  batu itu adalah RM2000.00, Pakcik akan beli”. Ali terus berlari pulang dan memberitahu ayahnya bahawa ada seorang pakcik yang ingin membeli batu itu dengan harga RM2,000.00.

Bapanya sekali lagi terus memberikan arahan seterusnya. Bapanya berkata, “Ayah nak Ali pegi ke Kedai batu-batu mahal/permata dan menjual batu di situ. Setibanya Ali di kedai itu, pemilik kedai itu pun bertanya,” Wah cantiknya batu-batu ini, berapakah nilai sebiji batu ini?”.  Seperti biasa Ali hanya berdiam dan menunjukkan dua jari. Lelaki itu berkata,” Sekiranya nilai sebiji  batu itu adalah RM200,000.00 , Uncle akan beli”. Ali terus berlari pulang dan memberitahu ayahnya bahawa ada seorang pakcik yang ingin membeli batu itu berharga RM200,000.00.

 

Tiba-tiba ayahnya berkata kepada anaknya, “Sekarang Ali dah tau berapa nilai diri Ali dalam kehidupan. Sebenarnya tidak kisah kita berasal dari mana, apa warna kulit kita, berapa banyak duit yang kita ada. Apa yang penting adalah di mana kita hendak letak diri kita, siapa orang-orang disekeliling kita dan bagaimana kita membawa diri kita dalam kehidupan ini. Kita boleh hidup sepanjang hayat  dengan menganggap  nilai diri kita adalah seperti batu yang bernilai RM2.00, kita juga boleh dikelilingi dengan orang-orang yang nampak nilai kita ni RM2.00 sahaja.  Setiap orang sebenarnya mempunyai nilai yang sangat berharga seperti permata dalam diri masing-masing dan kita boleh pilih untuk bergaul dengan orang-orang yang nampak nilai kita itu. Jika kita boleh letakkan diri kita di Kedai Permata dan kita akan boleh lihat nilai diri orang lain juga. Kita boleh bantu orang disekeliling kita untuk melihat permata dalam diri mereka itu. Pilihlah siapa orang-orang yang berada di sekeliling kita secara bijaksana. Itu pasti akan dapat mengubah diri kita dalam kehidupan.

 

next

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!