Puasbeli Offline Day

happy 2

PUASBELI OFFLINE DAY – 28/10/2017

Ini adalah Pengalaman pertama kami membuka booth sepanjang empayar Puasbeli ditubuhkan dan kami panggil aktiviti ini sebagai Puasbeli Offline Day. Seminggu juga kami mengambil masa untuk persiapan menyediakan barang barang jualan. Pada 28 Oktober 2017, iaitu pada hari sabtu, selesai sahaja solat subuh, kami menghidupkan enjin kereta dan terus gerak ke booth kami yang bernombor 22 berhadapan dengan Istana kehakiman presint 2 putrajaya. Sesi mengangkut-menyusun atur, menyediakan dan set up barang pun bermula bersama-sama bisness partner Puasbeli.

PUASBELIofflineday

Lebih kurang jam 6.40 pagi, peserta-peserta larian sudah mengambil tempat masing masing dan bersedia untuk memulakan larian sempena Pink Oktober 2017. Sambil menunggu peserta tamatkan larian mereka, kami bersarapan dahulu. Pada mulanya suasana agak tenang, beberapa lama kemudian, ramai peserta dan pengunjung mula membanjiri tapak booth dan dataran depan istana kehakiman. Para peserta mula menyerbu lori milo kerana ingin dapatkan milo ais yang free untuk hilangkan dahaga dan penat berlari. Maka bermula lah sesi sharing produk-produk bersama pelanggan, kongsi manfaat dan sesi jual beli berlaku. Ada yang berminat dengan Sliimzglow, Al-Fateh Genius, produk Honey Bee, set Luminarc dan lain-lain lagi.

happy customer

Matahari semakin lama semakin terik. Ais Krim Malaysia yang juga berada di booth kami terus terjual,ada aiskrim jagung, milo choki-choki, bandung dan lain lain sangat diminati . Begitu juga dengan asam, biskut bantal dan roti viral ” thai bread ” amat digemari.

puasbeli Partners

Kami bersama pelanggan berselfie , beramah mesra dan memberikan sample jualan seperti sliimzglow. Bertanya apa rasa sliimglow samada sedap atau sebaliknya.? Ada pelanggan kami yang menyatakan “Sedap! Rasa seperti buah buahan fresh dan bau yang wangi”.

SG_sedap

Bak kata pepatah “Sambil menyelam, sambil minum air” dimana saya berpeluang untuk melihat kreativiti peniaga menjual di booth masing2, cara menarik pelanggan dan cara menjual produk kepada pelanggan. Selain itu juga, saya mengajak penjual produk untuk menjadi bisness partner Puasbeli seperti yang menjual sunglass, inner sejuk dan mainan kanak-kanak.

offline sale

Lebih kurang jam 2 petang, ramai peserta larian pulang ke rumah masing masing, kami pun mengemas barang barang dan pulang ke destinasi masing masing. Keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan aktiviti Puasbeli Offline Day kami yang pertama ini. Walaupun jualan amat memberansangkan, banyak lagi yang perlu diperbaki dan dicantikkan. Mungkin juga lebih ramai lagi rakan niaga Puasbeli akan dapat bersama-sama kami di Puasbeli Offline Day yang akan datang. Lebih ramai, lebih meriah! InsyaAllah…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!