Syukur dan Patut Bersyukur

lilin

Syukur dan Patut Bersyukur. Terima kasih ALLAH

Hari ni saya nak kongsikan satu kisah benar dari seorang kenalan saya di alam maya. Kisah ini berlaku di satu kawasan pedalaman di Sarawak di mana sebuah keluarga yang berhijrah dan mencari peluang pekerjaan untuk mencari rezeki yang halal dan mencari sesuap nasi demi keluarga tersayang.

Apa yang menarik mengenai keluarga ini ialah si ayah adalah seorang yang berasal dari semenanjung Malaysia. Banyak kemudahan yang diterima daripada pihak kerajaan seperti bekalan air dan elektrik untuk penduduk kampung tersebut.  Memandangkan lokasi rumah keluarga ini lebih dalam sedikit dari yang lain, keluarga ini tidak dapat menerima bekalan elektrik dari pihak syarikat bekalan elektrik. Sebenarnya sudah banyak kali keluarga ini memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini tetapi semuanya hampa dengan pelbagai alasan. Mungkin juga keadaan ini disebabkan si ayah bukan berasal dari negeri Sarawak. Hmmm…

Cuba anda bayangkan bagaimana keluarga ini hidup 14 tahun dengan cahaya lilin sahaja di malam hari. Bagaimana pula TV, Kipas, astro, unifi, mesin basuh, peti ais? Sudah tentulah tak ada. Jika berlaku Blackout kepada kita sekejap sahaja dah mengeluh,marah-marah dan lain-lain lagi perasaan,betul tak? 

3watt solar lamp 2

Minggu lalu saya dapat satu berita daripada si ayah ni, memberitahu kami yang lampu solar yang telah dipesan telah berjaya dipasang dan digunakan dengan baik. Katanya ” Alhamdulillah rumah saya dah terang, tak perlu pakai lilin lagi. Terima kasih kerana perkenalkannya kepada kami”. Tiba-tiba rasa hiba dalam diri muncul dengan sendirinya. Sangat gembira kerana walaupun jauh di Sarawak dan kami di Putrajaya, kami dapat sedikit sebanyak memberikan satu penyelesaian kepada keluarga ini. Alhamdulillah.

Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati sekarang kerana ada yang lebih susah, daif dari kita. Jangan juga lupa untuk cuba membantu mereka yang memerlukan. Kadang-kadang kita rasa kecil pada kita, tapi sangat besar dan sangat bermakna pada orang lain.

Kisah benar

next


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!